Family Camping | Campsite Seri Ternas,Tasik Beris Sik Kedah | Camping Tepi Tasik #campingvlog3

Assalammualaikum Sahabat2 Semua 😊

Perkongsian aktiviti camping kami seisi keluarga di Campsite Seri Ternas Lake Resort Tasik Beris Sik Kedah.

Kali ni kali ke tiga kami sekeluarga bercamping.

Untuk kali ini memang plan nak try camping di tepi tasik bagi mencari pengalaman berbeza memandangkan sebelum kami dah pernah camping di tepi sungai ( Lata Bayu Campsite) dan Tanah Tinggi di ( Kem Sungai Pauh , Cameron Highland )

Apa yang boleh saya katakan yang paling kami enjoy camping di tepi Tasik ni adalah viewnya yang awesome. Memang berbaloi-baloi bagi view hunter.

Info : Tasik Beris merupakan tasik buatan manusia, yang terbentuk hasil daripada pembinaan empangan Beris pada 10 Ogos 2000. Ia terletak di daerah Sik, Kedah. Mempunyai keluasan tadahan air 116 km persegi dan siap sepenuhnya pada tahun 2004. Ia berfungsi untuk membekalkan air disekitar Kedah dan Pulau Pinang dan kawalan banjir. Kini ia telah terkenal sebagai pusat pelancongan di daerah Sik.

Walau sudah ada perkongsian sebelum ini, saya share sekali lagi berdasarkan pengalaman sendiri.

1. Name of place: Seri Ternas Resort, Tasik Beris Sik Kedah.
2. Date: 17 Dis – 18 Dis 2021
3. Number of nights spent: 2D1N
4. Cost of site: RM90 vvip view
5. Tent type: Arpenaz 4-1 F&B
6. Campsite contact: En Basirun (0195653945) atau FB Din Chalet
7. Website/FB if got: Seri Ternas Lake Resort

Review:

a. Toilet ✅
b. Plugpoint ✅ area campsite tiada, tapi ada lampu disediakan
c. Kitchen and sink ✅
d. Fire pit –
e. Stream, pool ✅
f. Parking distance to campsite lebih kurang 10 meter
g. Entrance for Normal Car
h. Compatible with campervan? ✔️

Maklumat tambahan :
– Boleh memancing
– Berkayak : RM10/head
– Kemudahan tempat dan peralatan BBQ
– Air Coway, pinggan mangkuk disediakan boleh digunakan
– View cantik, malam jika cuaca baik boleh nampak bintang, pagi view sunrise dan reflection bukit bukau di permukaan air tasik ( Tapi sayang time kami camping hujan dari hari pertama sampailah hari ke dua).

Secara keseluruhan kami berpuas hati dengan campsite ini dan akan datang semula jika berkempatan In Shaa Allah .

Rate this post