TAMAN ECO RIMBA ULU BENDUL campsite review camping Malaysia | review tent ARPENAZ FAMILY 4.1F&B

campsite taman eco rimba ulu bendul memang best tempat luas bersih dan terjaga. sungainya yang jernih dan sejuk buatkan siapa sahaja datang pasti nak mandi termasuklah aku 🤣🤣🤣🤣🤣.
ok nak cerita pasal campsite ini terletak dekat ulu bendul kuala Pilah Negari sembilan. kalau dari KL takdalah jauh mana drive dalam satu jam dah boleh sampai.
selain tapak untuk bercamping dekat sini ada chalet hargapun berpatutan. dari apa yang aku tahu Sabtu dan Ahad selalu penuh chalet dan tapak camping. jadi nak datang camping dan sewa chalet dekat sini kena buat tempahan lebih awal.
sewa tapak camping sangatlah murah, satu tapak camping khemah besar 10 ringgit dan khemah kecik 5. mana nak cari lagi semurah macam ini.
kemudahan dekat sini semua cukup, tandas, surau, parking percuma, dewan, pondok, tempat BBQ selesa bagi aku.
selain tu dekat taman eco rimba ulu bendul ada taman ular 🐍 masuk percuma. sayangnya Time datang taman ular ini tutup.
kedai makan jugak ada dibahagian depan menu special masak lemak cili api.
tak nak datang camping nak mandi-manda boleh jugak takda masalah. nak mandi sungai boleh nak mandi tempat yang dah disediakan kolam boleh ikut keselesaan masing-masing. kalau aku suka mandi sungai sejuk hehehhehehehe.
nak lagi best mandi boleh pergi sebelah jambatan ada mini empangan ulu bendul. dekat sini ramai jugak yang datang mandi. kena bejalan sikitlah nak camping dekat sini tak dibenarkan sebabnya dah luar dari kawasan penyelanggaraan pihak pengurusan taman eco rimba ulu bendul.
ehhhh panjang pulak aku cerita hehehehe apa lagi bawaklah keluarga datang camping dekat sini confirm best.

#campingmalaysia #campingvlog #campinggear #familycamping #solocamping #campingindonesia #decathlon #campingceria #campingkeluarga #camping #malaysiaoutdoor #malaysiavlogger #malaysiayoutuber #malaysia #ulubendul #quechua #arpenaz #perlengkapancamping #campsite #campsitereview

00:00 intro check-in
01:32 tapak camping
02:19 review khemah baru arpenaz 4.1f&b
11:17 mini dam ulu bendul
12:25 minum petang
13:09 campsite review

Koordinat:
WGS 84 : N2.7304° , E102.0806°

Tempahan:
• Tapak : 50 unit
• Kapasiti : 500 orang
• Kadar : RM10 per unit

Taman Eko Rimba Ulu Bendul

• 20 km dari Pekan Kuala Pilah
• Terletak di dalam Hutan Simpan Angsi
• Hutan Dipterokarpa Bukit
• Kemasukan adalah PERCUMA
• Dibuka dari 7.00 pagi hingga 6.00 petang

Pertanyaan:
Pejabat Hutan Daerah, Negeri Sembilan Timur, 72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Tel: 606-4811 036

No. Kecemasan:
• Dial 911
• Hospital Seremban – 22 km (606-7684 000)
• Balai Polis Kuala Pilah – 14 km (606-6851 223)
• Balai Bomba Kuala Pilah – 15 km (606-4818 001)

Rate this post